Sunday, November 4, 2012

HIKMAH: MATAwang Shariah dan Melayu - PENIPUAN dalam Kewangan & Perlembagaan???




Cebisan VIDEO Pembentangan, DISINI


KEMASKINI Terkini!

Saya diminta oleh Pengasas & Penganjur HIKMAH iaitu Saudara Radzi Sapiee untuk membuat rumusan pembentangan saya.

RUMUSAN Pembentangan:-
(1) Matawang Melayu Islam yang pada fitrahnya sudah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mengalami perubahan kerna ditipu secara halus oleh penjajah apabila Nota Hutang diperkenalkan.

(2) Perlembagaan Malaysia diterapkan nilai Sekularisma dengan adanya "Federal & State List". Perkara berkaitan Islam Dan Adat Melayu di bawah naungan Sultan(State List) tetapi kenapa "Perbankan Islam" di bawah Kerajaan Persekutuan(Federal List)?

(3) Kembalikan pengunaan Matawang Sunnah & Perbetulkan Perlembagaan.


>>>>>>>




Alhamdullilah, setelah beberapa kali tempat perjumpaan bertukar tempat acara HIKMAH selamat dijalankan pada hari Ahad, 4 November 2012 (1433 Hijrah) bertempat di Yayasan Restu Shah Alam. Gambar-gambar Sesi Suai-Kenal HIKMAH, DISINI

Cerita Pertukaran Tempat:-
(1) Yayasan Restu, Shah Alam
(2) Akademi Pengajian Melayu - UM, KL
(3) Seksyen 18, Shah Alam
(4) Pusat Belia, Seksyen 7, Shah Alam (Cadangan Asal)

Tema ataupun tajuk acara pun mengalami 2 perubahan seperti berikut:-
(1) Suai Kenal HIKMAH (Tema Akhir).
(2) Wacana Keilmuan Melayu Islam
(3) HIKMAH (Cadangan Asal).

Pembentangan Konsep Kertas Kerja bertajuk " Matawang Shariah dan Melayu: PENIPUAN dalam KEWANGAN dan PERLEMBAGAAN " juga selamat dijalankan. Walaupun masa yang diberikan agak suntuk, initipati pembentangan dapat disampaikan dengan bercakap seperti "kereta api bergerak".Semoga para hadirin mendapat intipati pembentangan.

Terima Kasih diucapkan kepada pihak Penganjur iaitu Saudara Radzi Sapiee di atas undangan pembentangan dan ruang yang diberikan kepada Penulis Blog. Syukran & Jazakallah.

2 comments:

  1. Jazakallah...ringkas dan padat....rugi rasanya sbb saya tak dapat hadir suai kenal HIKMAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anakanda Bertuah - Salam Awal Muharam 1434Hijrah.

      Sedikit ringkasan pembentangan saya boleh dibaca di:- http://hikmahmelayu.blogspot.com/2012/11/mata-wang-syariah-dan-melayu-penipuan.html

      Komentar, amat dialu-alukan.
      Syukran & Wasalam.

      Delete