Wednesday, September 24, 2014

PERNIAGAAN di Masjid

Hari ini sekitar waktu Zuhur saya ke Masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi-Selangor dan saya perhatikan ada beberapa gerai didirikan di dalam kawasan masjid berdekatan dengan pintu masuk. Gerai-gerai menjual pelbagai barangan seperti Baju/Pakaian, Minyak Wangi, Makanan sunnah serta perkhidmatan takaful

Di papan kenyataan masjid ada dinyatakan  bahawa sewa untuk satu petak adalah RM200 sebulan. Juga kelihatan maklumat yang sebuah koperasi masjid telah ditubuhkan.Selain itu, kerusi urut juga ada berdekatan dengan tempat mengambil wudhu'.

Lain halnya pula di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail-Kuala Lumpur.
Di Masjid At-Taqwa, pihak masjid telah medirikan bangunan 2 tingkat yang disewa kepada mereka yang berminat untuk berniaga.

Apapun pendekatan yang diambil, saya amat menyokong perniagaan tertentu dibenarkan di kawasan masjid. Selain dari mengimarahkan kawasan masjid, peluang pekerjaan dapat diwujudkan disamping menambahkan dana masjid.




No comments:

Post a Comment