Showing posts with label HIKMAH. Show all posts
Showing posts with label HIKMAH. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

HIKMAH: MATAwang Shariah dan Melayu - PENIPUAN dalam Kewangan & Perlembagaan???




Cebisan VIDEO Pembentangan, DISINI


KEMASKINI Terkini!

Saya diminta oleh Pengasas & Penganjur HIKMAH iaitu Saudara Radzi Sapiee untuk membuat rumusan pembentangan saya.

RUMUSAN Pembentangan:-
(1) Matawang Melayu Islam yang pada fitrahnya sudah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mengalami perubahan kerna ditipu secara halus oleh penjajah apabila Nota Hutang diperkenalkan.

(2) Perlembagaan Malaysia diterapkan nilai Sekularisma dengan adanya "Federal & State List". Perkara berkaitan Islam Dan Adat Melayu di bawah naungan Sultan(State List) tetapi kenapa "Perbankan Islam" di bawah Kerajaan Persekutuan(Federal List)?

(3) Kembalikan pengunaan Matawang Sunnah & Perbetulkan Perlembagaan.


>>>>>>>




Alhamdullilah, setelah beberapa kali tempat perjumpaan bertukar tempat acara HIKMAH selamat dijalankan pada hari Ahad, 4 November 2012 (1433 Hijrah) bertempat di Yayasan Restu Shah Alam. Gambar-gambar Sesi Suai-Kenal HIKMAH, DISINI

Cerita Pertukaran Tempat:-
(1) Yayasan Restu, Shah Alam
(2) Akademi Pengajian Melayu - UM, KL
(3) Seksyen 18, Shah Alam
(4) Pusat Belia, Seksyen 7, Shah Alam (Cadangan Asal)

Tema ataupun tajuk acara pun mengalami 2 perubahan seperti berikut:-
(1) Suai Kenal HIKMAH (Tema Akhir).
(2) Wacana Keilmuan Melayu Islam
(3) HIKMAH (Cadangan Asal).

Pembentangan Konsep Kertas Kerja bertajuk " Matawang Shariah dan Melayu: PENIPUAN dalam KEWANGAN dan PERLEMBAGAAN " juga selamat dijalankan. Walaupun masa yang diberikan agak suntuk, initipati pembentangan dapat disampaikan dengan bercakap seperti "kereta api bergerak".Semoga para hadirin mendapat intipati pembentangan.

Terima Kasih diucapkan kepada pihak Penganjur iaitu Saudara Radzi Sapiee di atas undangan pembentangan dan ruang yang diberikan kepada Penulis Blog. Syukran & Jazakallah.

Saturday, October 20, 2012

HIKMAH - Matawang Shariah, Matawang Melayu!?



Blog HIKMAH

Status TERKINI, 1/11/12:

Program: " Suai Kenal HIKMAH "
Tarikh.: Ahad, 4 November 2012. Jam 9 Pagi - 5.30 Petang
Tempat : Yayasan Restu (berdekatan Masjid Negeri), Shah Alam, Selangor

Tajuk Pembentangan:
" Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? "

>>>>>>>

Status Terkini: BACA DISINI

>>>>>>>

Program: HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman
Tarikh.: Ahad, 4 November 2012 (9pagi - 4petang)
Tempat.: Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Tajuk Pembentangan Penulis Blog:
(1) " Matawang Shariah, Matawang Melayu !?" (Tajuk Tentatif)

(2) " Perlembagaan & Kewangan Islam " (Tajuk Tentatif)

Program HIKMAH adalah cetusan ide Saudara Radzi Sapiee, seorang Penulis yang terkenal dengan buku-buku seperti Trilogi "Berpetualang ke Aceh", "Rumah Azan", "Kereta Api...Menuju Destinasi", "Ahlul Bait" dan lain-lain. Program adalah initiatif Saudara Radzi dan rakan seperjuangan yang berhajat Mendaulatkan Dan Memartabatkan Sejarah dan Kebudayaan Melayu. HIKMAH, BUKANLAH sebuah agenda politik untuk mana-mana Parti Politik masa kini di Malaysia.

Latarbelakang HIKMAH.